PENYERAHAN PELITUP SEPARUH MUKA KEPADA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA UNIT JMG SABAH

PENYERAHAN PELITUP SEPARUH MUKA KEPADA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA UNIT JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (11 JUN 2020): KHAMIS, Satu majlis ringkas penyerahan pelitup separuh muka (face mask) kepada semua wakil timbalan pengarah dan ketua unit telah dilaksanakan di bilik Pengarah JMG Sabah pada hari ini sekitar pukul 10.00 pagi. Majlis ringkas ini dilaksanakan mengikut sop yang telah ditetapkan oleh KKM.

Unit Geosains diwakili oleh Timbalan Pengarah Geosains Dr. Frederick F. Tating, Unit Sumber Mineral diwakili oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral En. Webster Wong Vui Chung, Unit Perkhidmatan Makmal diwakili oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal Dr. Morius Bantas, Unit Lombong dan Kuari diwakili oleh En. Aidil Arnolous menanggung Timbalan Pengarah, Unit Pengurusan Maklumat diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan Unit Pentadbiran dan Kewangan diwakili oleh Pn. Rizidah Majawal Penolong Pegawai Tadbir.

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee
Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar