Perhimpunan Bulanan JMG Johor Bil 9/2012

Perhimpunan bulanan bilangan 9/2012 telah diadakan pada 11 September 2012. Perhimpunan bulanan kali ini diadakan bersekali dengan majlis jamuan hari raya. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga JMG Johor. Beliau berharap agar sentiasa terjalin semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan dengan adanya budaya ziarah menziarahi. Disamping itu, ianya juga dapat memberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengukuhkan persahabatan yang sedia terjalin.

Kita perlu mengamalkan sikap muafakat dan bekerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbang kepada pembangunan negara dan kebaikan bersama. Aturcara perhimpunan bulanan kali ini diisi dengan sesi pengucapan awam dan bacaan selawat beramai-ramai. Majlis diakhiri dengan semua warga JMG Johor menikmati juadah tradisi Johor yang tidak asing lagi iaitu lontong dan laksa Johor. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan perhimpunan bulanan kali yang kesembilan bagi tahun 2012 ini.