PERHIMPUNAN BULANAN SERTA TAKLIMAT BERKAITAN KEBAJIKAN CUEPACS

PERHIMPUNAN BULANAN SERTA TAKLIMAT BERKAITAN KEBAJIKAN CUEPACS

12 Julai 2019 (Jumaat) : Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai telah diadakan di Dewan Granit, JMG Perak bermula jam 8.30 pagi. Unit Sumber Mineral telah bertugas sebagai urusetia bagi perhimpunan bulan ini. En. Mohd Asyraf Bin Azmi bertindak sebagai pengacara majlis, En. Zaid Bin Aziz sebagai pembaca doa dan En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim untuk lafaz ikrar.

Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil telah menyampaikan perutusan pengarah. Di majlis ini juga disampaikan sumbangan kepada En.Hanizam Shah Bin Saidin yang akan bertukar ke JMG Kelantan berkuatkuasa 14 Julai 2019.Selepas majlis perhimpunan bulanan tamat, ia terus disambung dengan Taklimat Berkaitan Kebajikan Cuepacs yang disampaikan oleh wakil Cuepacs iaitu En. Arshad Bin Ahmad.