PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN UNTUK SAMBUTAN HARI INOVASI JMG SABAH 2019

PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN UNTUK SAMBUTAN HARI INOVASI JMG SABAH 2019

KOTA KINABALU, SABAH (11 DISEMBER 2019): RABU, Kerjasama antara AJK Inovasi, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah dan Unit Pentadbiran telah membuat persiapan untuk sambutan Hari Inovasi, Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 dan Sambutan Hari Natal 2019.

AJK telah memasang khemah, menyediakan peralatan seperti meja kerusi dan hiasan yang diperlukan pada hari sambutan inovasi kelak. Walaupun hujan turun, namun semangat kerjasama mereka untuk menyediakan semua peralatan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semangat dan satu hati ini dapatlah kiranya diteruskan pada masa akan datang di JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Pn. Lena Anggie dan Pn. Normi Adok