PERTEMUAN BERSAMA DENGAN YANG BERHORMAT DATUK EWON BENEDICT

PERTEMUAN BERSAMA DENGAN YANG BERHORMAT DATUK EWON BENEDICT

KOTA KINABALU, SABAH (09 APRIL 2019) : SELASA, Satu kunjungan hormat oleh dua orang pegawai JMG Sabah iaitu En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) dan En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi) ke pejabat YB Datuk Ewon Benedict di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengundang YB Datuk Ewon untuk merasmikan telaga tiub dan sistem penapisan di Kg. Piasau, Kota Belud. Sejurus ini juga membincangkan berkaitan perjalanan program tersebut kepada YB Datuk Ewon.

Perasmian telaga tiub dan sistem penapisan air di Kampung Piasau, Kota Belud akan dilaksanakan pada tarikh 27 April 2019.

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee