PROGRAM BEBAS DADAH DI JMG JOHOR

PROGRAM BEBAS DADAH DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 31 Oktober 2019 - JMG Johor telah berjaya mengadakan Program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) baru-baru ini bagi usaha untuk mencegah dadah daripada masuk ke tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Seramai 27 kakitangan telah menjalani ujian saringan urin dan keputusannya semua bebas daripada pengaruh dadah.

TEKAD dan Dasar Dadah Negara bermatlamat mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional . Syabas dan terima kasih kepada AADK Johor Bahru yang telah bekerjasama dalam menjayakan Program ini.

Sumbangan artikel : Facebook Jmgjohor Rasmi