Program Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah

Program Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah telah diadakan pada 27hb Februari 2013 di Dewan Granit, JMG Malaysia, Perak. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Ceramah Kesihatan oleh Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, Program Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Batu Gajah dan Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun. Seramai 64 orang telah hadir menjayakan program tersebut termasuk wakil dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Pusat Penyelidikan Mineral dan Jabatan Kimia.