PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

Mersing, 18 Julai 2020 - Baru-baru ini, satu program lawatan kerja rasmi YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Taman Negara Endau Rompin bagi melihat sendiri keindahan Mersing tercinta dibahagian hutan belantara yang sangat istimewa. Program ini  telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' terutama JMG Johor  untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.

Turut sama mengikuti rombongan program ini ialah Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah dan Timbalan Pengarah Geosains Tuan Hj. Noorazhar bin Ngatimin bersama Tuan Hj. Faizal Long (Pengarah JAKOA Negeri Johor), Tuan Hj. Musalman bin Salehan (Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor) dan Syahrol Syiro (Ikon Pelancongan Johor).  

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah