GEOMINERS MEWAKILI JMG MALAYSIA DALAM PROGRAM SIMFONI SENI NRE 2013

Putrajaya,  3 September 2013 - Program Simfoni Seni NRE 2013 telah diadakan di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli dan Alam Sekitar dan telah disertai oleh semua Jabatan/Agensi di bawah NRE. Kumpulan yang diberi nama GEOMINERS dari JMG Johor telah mewakili JMG Malaysia dalam program tersebut

GEOMINERS diwakili oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Encik Asrul Sani bin Abdullah, Encik Norazman bin Isa, Encik Mohd Khairani bin Othman, Encik Mohd Iedil bin Omar, Encik Nazal Rizal bin Abdul Wahid dan Encik Anuawar bin Seman. GEOMINERS telah mempersembahkan sebuah sajak berjudul “Kehijauan Milik Kita” dan dua buah lagu iaitu Hijau dan What A Wonderful World dengan iringan paparan multimedia.

Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan kepada warga NRE berkenaan aspek kesenian yang turut melibatkan aspek kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli, mewujudkan suasana dan budaya kerja yang lebih menyeluruh, tidak terlalu tertumpu kepada kerja-kerja rutin harian seterusnya mengasah minda kreatif warga NRE dan mengetengahkan bakat kesenian dalam pelbagai cabang seni sama ada nyanyian, tarian, lakonan atau bermain alat muzik seterusnya boleh ditonjolkan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh NRE.