SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS ENCIK JONTIH SEBAGAI PENGARAH JMG SABAH

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS ENCIK JONTIH SEBAGAI PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (02 MAC 2020): ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas semula buat En. Jontih Enggihon sebagai Pengarah JMG Sabah yang baru bermula pada tarikh hari ini.

Selepas sahaja beliau thumbprint kehadiran, beliau berkesempatan melawat Unit Pentadbiran dan Kewangan sebelum memulakan tugas beliau. Sekitar pukul 11.40 pagi beliau sempat melawat ke Unit Sumber Mineral, JMG Sabah. Di mana dulunya beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Sumber Mineral sebelum melangkah kaki ke tanah semenanjung dan bertugas sebagai Pengarah JMG Selangor.

JMG Sabah mengucapkan Tahniah dan Selamat Kembali ke JMG Sabah buat Tuan Pengarah En. Jontih Enggihon. Semoga Tuan Pengarah ini dapat menjalankan tugas beliau dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
Sumber Foto : En. Arthur Leo