JMG JOHOR TERIMA PENGARAH BAHARU

JMG JOHOR TERIMA PENGARAH BAHARU

Johor Bahru, 2 Oktober 2019 – Satu majlis pengenalan Pengarah baharu dengan warga JMG Johor dan taklimat berkenaan aktiviti kepada Pengarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

JMG Johor telah berbesar hati menerima Pengarah yang baharu iaitu Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah yang telah berpindah dari BPT, Perak berkuatkuasa 1 Oktober 2019. Majlis disusuli dengan penyerahan nota serah tugas daripada Tn. Hj. Noorazhar b. Ngatimin sambil disaksikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat iaitu Pn. Nor Asmah bt. Abdul Aziz.

Pada masa yang sama, JMG Johor juga telah menerima Pegawai Geosains untuk Unit Lombong Kuari iaitu En. Mat Wadi b. Ab. Satar yang baru berpindah dari JMG Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Pengarah JMG Johor dan Pegawai Geosains yang baharu, semoga dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan cemerlang.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah