SEMINAR HEWLETT PACKARD ENTERPISE – WORKLOAD VIRTUALIZATION & INFOSIGHT BY INNOVIX DISTRIBUTION MALAYSIA

SEMINAR HEWLETT PACKARD ENTERPISE – WORKLOAD VIRTUALIZATION & INFOSIGHT BY INNOVIX DISTRIBUTION MALAYSIA

KOTA KINABALU (18 APRIL 2019) : Seminar telah dihadiri oleh Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, UPM, JMG Sabah) dan Pn. Besty Jenny Adim (Penolong Juruukur, UPM, JMG Sabah) yang diadakan di Marriott Hotel, Kota Kinabalu pukul 8:30 pagi hingga 1:30 petang. Seramai lebih kurang 20 peserta terdiri dari pelbagai agensi kerajaan negeri sabah dan swasta telah menghadiri seminar tersebut. Seminar dimulakan dengan pengenalan syarikat (Innovix Distribution Sdn Bhd) yang mana telah beroperasi sebagai pengedar teknologi di Malaysia sejak tahun 1978 dan berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor.


Teknologi yang dikenalkan adalah HPE Nimble Storage yang mana memanfaatkan penyimpanan flash dan analisis ramalan untuk menghapuskan jurang dan menjamin ketersediaan 99.9999%, memberikan kapasiti terbaik setiap TB dalam industri dan reka bentuk untuk nilai hari ini dan masa depan (http://www.hpe.com/my/en/storage/nimble.html).


Sebelum bersurai pakar dari syarikat tersebut telah berkongsi dengan live demo, HPEFS financial solution for end user dan Q & A.