SEMINAR ICT (SEMIT) KE-12 NEGERI SABAH 2019 “DIGITAL SECURITY : HOW SAFE IS SAFE?”

SEMINAR ICT (SEMIT) KE-12 NEGERI SABAH 2019 “DIGITAL SECURITY : HOW SAFE IS SAFE?”

KOTA KINABALU, SABAH (03 OKTOBER 2019): KHAMIS, Satu seminar berkaitan ICT Keselamatan anjuran kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sabah (INTAN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diadakan di Dewan Rental (UMS) pada hari ini.

Semit 2019 kali ke-12 ini bertemakan “Digital Security : How Safe is Safe?” adalah untuk memberikan kesedaran kepada agensi kerajaan di Sabah tentang Kerajaan Digital (Digital Goverment) dalam usaha meningkatkan keberkesanan keselamatan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Seminar ini terbuka kepada Ketua-Ketua Jabatan, CIO Agensi Kerajaan Negeri, Pegawai Teknikal ICT dan Pegawai Peringkat Pengurusan di dalam Perkhidmatan Negeri dan Persekutuan. Seminar ini telah di hadiri oleh dua orang pegawai JMG Sabah. Mereka adalah Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat F41) dan Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F32).

Seramai tiga orang penceramah jemputan telah hadir bagi memberikan taklimat berkaitan ICT. Mereka adalah En. Mohamed Anwer bin Mohamed Yusoff (Head of Cyber Security Industry Engagement & Collaboration, Corporate Strategy & Industry Affairs Sivision, Cybersecurity Malaysia), En. Edi bin Abdul Majid (Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah) dan DSP Raduan bin Othman (Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber,JSJK, IPK Sabah).

https://www.iemg.intan.my/v2/event-detail?event

Sumber Maklumat : Pn. Lena Anggie
Sumber Foto : Pn. Normi Adok