SEMINAR MERSING GEOPARK

SEMINAR MERSING GEOPARK

Mersing, 22 Oktober 2019 - Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Mersing Geopark dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pusat Kejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), UTM dan JMG Johor telah menganjurkan Seminar Mersing Geopark di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor yang telah dirasmikan oleh YB DUN Endau Puan Hajah Alawiyah bt. Talib.

Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk menyampaikan kepada seluruh geoparkian iaitu penduduk Mersing, agensi dan pihak berkepentingan di daerah Mersing. Seminar ini juga berkongsi elemen pemuliharaan bersepadu dan terintegrasi dimana ia boleh dikongsi bersama penduduk, agensi dan pihak berkepentingan tentang kewujudan kawasan pemuliharaan di Mersing Geopark dan bersama memeliharanya.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah