SYABAS BUAT PN. JAYAWATI KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA

SYABAS BUAT PN. JAYAWATI KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA

KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah dan Syabas buat Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi kerana berjaya mengikuti kursus luar negara di IS-Geo of KIGAM, Daejeon, Republic of Korea bermula pada 09 April 2018 sehingga 27 April 2018.

Pn. Jayawati, Pegawai Geosains C44 juga merupakan Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian Unit Sumber Mineral JMG Sabah. Beliau berjaya menghadiri kursus sambil bekerja yang bertajuk "Regular Training Course on Exploration, Development and Processing of Mineral Resources" di IS-Geo of KIGAM, Daejon, Republic of Korea selama 3 minggu. Harapan JMG Sabah agar beliau dapat menimba ilmu dan akan memberikan yang terbaik buat JMG Sabah kelak.

Sumber maklumat dan foto : Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin