TAKLIMAT KESEDARAN PEMBANGUNAN MAMPAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN TERHADAP LOMBONG DAN KUARI NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

TAKLIMAT KESEDARAN PEMBANGUNAN MAMPAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN TERHADAP LOMBONG DAN KUARI NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

Johor Bahru, 18 Februari 2020 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi taklimat berkenaan Kesedaran Pembangunan Mampan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Johor yang diadakan di Hotel New York, Johor Bahru. Seramai 110 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada pengusaha lombong dan kuari, konsultan, pentadbir tanah daerah negeri Johor, pejabat PTG, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.

Taklimat tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Johor Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah dan turut hadir ialah tetamu kehormat iaitu Timbalan Pengarah SPRM Negeri Johor. Tujuan utama taklimat ini dianjurkan ialah untuk menerangkan lebih mendalam berkenaan pembangunan lombong dan kuari diusahakan secara sistematik dan teratur bagi menjaga kelestarian alam sekitar. 

Akhir kata, pihak JMG Johor menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan untuk mengendalikan program ini dan amat berbesar hati jika diberi peluang yang sebegini pada masa akan datang.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah