TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

RANAU (6 OGOS 2020) : Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) telah menjemput beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk bersama-sama melakukan tinjauan di tapak pembinaan bangunan baharu di Ranau, Sabah. Antara badan kerajaan yang turut serta semasa tinjauan tapak pembinaan bangunan SESB itu adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS). Keadaan cerun tidak stabil di tapak pembinaan bangunan SESB telah menjadi tumpuan kepada pihak luar termasuklah JMG Sabah untuk mengkaji kesesuaian tapak bangunan tersebut. Terdapat retakan dan rekahan tanah yang aktif di kawasan tapak pembinaan menyebabkan projek terbengkalai dan memerlukan khidmat nasihat teknikal dari kalangan ahli geologi yang pakar di bidang tersebut untuk menjalankan aktiviti kajian selanjutnya. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick Francis Tating bersama-sama dengan Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan) yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan serta dibantu oleh dua Pembantu Geosains iaitu Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka telah bersama-sama meninjau di kawasan persekitaran tapak binaan berkenaan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin