Wawancara Pengarah JMG Johor Dengan RTM Dalam Siaran JOHORfm Dalam Rancangan ‘Program Inovasi Khidmat Awam (PIKA)’

Pada 20hb Jun 2013 (Khamis) yang lalu, Pengarah JMG Johor telah dijemput oleh Jabatan Penyiaran Negeri Johor (RTM) sebagai tetamu Rancangan PIKA untuk Radio Malaysia Johorfm, RTM Johor. Program bermula pada jam 3.30 petang di konti RTM Johor.

Dalam program tersebut pihak Johorfm menemuramah Pengarah JMG Johor berkaitan dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor serta fungsi dan peranan jabatan ini. Di samping itu, secara tidak langsung dapat memperkenalkan Jabatan Mineral dan Geosains kepada masyarakat luar.