𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗗𝗠𝗦 2.0 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗗𝗠𝗦 2.0 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧
KOTA KINABALU, SABAH 07 MAC 2024 (KHAMIS) : Bahagian latihan JMG Sabah telah mengadakan bengkel pelaksanaan DDMS 2.0 selama dua hari bermula pada 06 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Dan berakhir pada 07 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Utama Nephrite, Blok B Kinabalu, Aras 2, JMG Sabah.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi melaksanakan Penggunaan Pelaksanaan DDMS 2.0 Modul Dokumen Terperingkat secara digital. Antara objektif bengkel ini diadakan adalah memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas tentang tanggungjawab dan skop bidang tugas sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) serta peranan penjawat awam apabila dilantik menjadi Pendaftar Rahsia dalam mengendalikan fail dan dokumen rahsia rasmi dan meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod jabatan secara lebih sistematik.
 
Penceramah jemputan merupakan pegawai yang bertauliah dari Jabatan Digital Negara (JDN). Seramai tiga orang penceramah jemputan, mereka adalah Encik Haizad bin Sarian, Puan Nora'aini bte Mohd Ghouse dan Puan Haiza binti Harun.
Seramai 20 orang Pegawai Rekod JMG Sabah yang telah dilantik hadir sama dalam bengkel ini.
 
Sumber maklumat dan foto : Puan Shuryanteh binti Mohd Yassin