PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

Program Jom Baca 2020 termasuk dalam Program Galakan Membaca yang diwar-warkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia adalah salah satu aktiviti utama Perpustakan Negara Malaysia (PNM). Program ini bertujuan membentuk sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia terutama kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan juga menggalakkan kakitangan PPM untuk mengunjungi Perpustakaan PPM.

Oleh yang demikian dapat memupuk minat dan amalam membaca serta cintakan buku di kalangan kakitangan PPM serta menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai oleh kakitangan PPM dalam Program Jom Baca 2020. Program Jom Baca PPM ini telah berjaya dijalankan pada hari Khamis, 17 September 2020. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang Program Jom Baca adalah seperti berikut:

1. Pertandingan Teka Berat Buku
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Pertandingan Rumi Ke Jawi
5. Slot Kupasan Buku “Read Me A Book”

Puan Salmah Binti Baharuddin selaku Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan mewakili Pengarah Kanan PPM telah melakukan perasmian penutup bagi program Program Jom Baca 2020 serta menyampaikan hadiah bagi semua aktiviti-aktivit yang telah dijalankan.

Diharapkan dengan penglibatan seluruh warga PPM dalam program ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.

 

Written by : ezulia