PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN GAJI DI JMG JOHOR

PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN GAJI DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 04 Ogos 2019 - Pasukan Naziran daripada Jabatan Akauntan Negera telah mengadakan naziran di JMG Johor ke atas pengurusan gaji bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018. Pasukan naziran terdiri daripada Encik Azlan Awang dan Puan Norashimah Ismail. Tuan Haji Noorazhar Ngatimin yang menanggung tugas Pengarah JMG Johor telah mengalu-alukan kedatangan pasukan naziran dalam satu mesyuarat pembukaan ringkas.

Antara objektif program naziran gaji ini adalah untuk mengenalpasti isu dan masalah yang mungkin berlaku setelah Pusat Pembayar Gaji melaksanakan sendiri proses penyediaan gaji mulai tahun 2018 bagi Penjawat Awam Persekutuan.

Skop penilaian prestasi Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah merangkumi Penurunan Kuasa, Pengurusan Penyediaan Gaji, Pengurusan Perubahan Gaji dan Pengurusan Dokumen. Penilaian dibuat ke kawalan dalam, pendedahan kepada risiko dan tahap risiko yang dihadai oleh PTJ.

Penemuan dan pemerhatian terhadap program naziran telah dibentangkan semasa mesyuarat penutup yang dihadiri oleh pasukan naziran dan pasukan dari JMG Johor. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pasukan naziran sangatlah dihargai bagi menambahbaik prestasi pengurusan gaji JMG Johor.

Sumbangan artikel : Puan  Nor Asmah binti Abdul Aziz

Written by : asrul