Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441H JMG Pahang

Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441H JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 22 November 2019, bersamaan hari Jumaat, 25 Rabiul Awal 1441H, telah dilangsungkan Program Perhimpunan Bulanan bagi November 2019 yang dibuat bersekali dengan Majlis Sambutan Maulidurasul 1441 Hijrah bagi JMG Pahang. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di Bilik Ilmenite, JMG Pahang dengan semua kakitangan segak mengenakan busana Baju Melayu. Perhimpunan bulanan kali ini dikendalikan oleh Unit Lombong dan Kuari JMG Pahang dengan dimulakan oleh bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG Malaysia dan Lagu Malaysia Bersih oleh para hadirin. Lafaz ikrar disampaikan oleh En Ifrad Hayazi bin Nordin, Pelukis Pelan JMG Pahang.

a1

a2

Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir. Azman bin Abd. Majid. Beliau menyampaikan amanat beliau berkenaan perkara terkini yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk kedudukan perbelanjaan jabatan sehingga November 2019 dan keperluan kakitangan menyiapkan tugasan yang masih tertangguh. Beliau juga turut mengingatkan semua kakitangan supaya menyiapkan Laporan Prestasi Tahunan 2019 dan memastikan Sasaran Kerja Tahunan 2019 dicapai dan dipatuhi mengikut perancangan yang ditetapkan.

a3

Program diteruskan dengan sesi pengenalan diri Pembantu Geosains Gred C19 yang baharu dilantik dan mendaftarkan diri pada November 2019 iaitu Puan Nur Suraya binti Hashim. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, ini merupakan perlantikan jawatan pertama beliau untuk bertugas di sektor awam kerajaan. Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan pada beliau. Semoga beliau dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan untuk kebaikan JMG.

a4

Program perhimpunan bulanan kemudiannya disambung dengan Majlis Sambutan Maulidurasul Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1441 Hijrah. Semua hadirin bersama-sama mengalunkan bacaan salawat kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W dan turut sama memohon syafaat atas keberkatan baginda S.A.W.

a5

Program Perhimpunan Bulanan Bulan November 2019 JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.

Semoga program yang dilaksanakan ini terus dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan serta keberkatan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

- Sekian -

Written by : aznawi