CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

Pada 9 Oktober 2018, Galeri R&D Pusat Penyelidikan mineral(PPM) telah menerima kunjungan pelawat dari SK Ho Seng Ong Methodist, Ipoh. Seramai 24 orang pelajar hadir dengan diiringi oleh 3 orang guru dari sekolah tersebut. Mereka tiba di pekarangan PPM sekitar jam 10 pagi dan disambut oleh En Hamdan bin Yahya selaku Ahli Jawatankuasa Galeri R&D PPM yang bertanggungjawab untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti di Galeri R&D PPM kepada para pelawat.

Para pelajar menceriakan suasana dengan mengucapkan “Selamat pagi, cikgu” di awal sesi taklimat. En Hamdan juga sempat menyediakan beberapa kuiz mengenai mineral untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu para pelajar sekolah tersebut.

Baca selanjutnya

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2018 & SHORT-COURSE ON ADVANCED BLASTING AND TECHNOLOGY

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2018 & SHORT-COURSE ON ADVANCED BLASTING AND TECHNOLOGY

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH: Pada 18 hingga 19hb September 2018, Dr Hj Ismail Ibrahim, Encik Anuar Othman dan Cik Fatihah Azmi telah menyertai National Geoscience Conference (NGC 2018) yang diadakan di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang. NGC 2018 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia, dan pada kali ini, acara tersebut dianjurkan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Tema pada tahun ini ialah Georesources Development for A Sustainable Future. Untuk sesi pembentangan, Dr Hj Ismail telah membentangkan kertas kerja bertajuk Physical and Physico-chemical Processing of Malaysian Sulphide Iron Ore yang ditulis bersama Dr Nazwin Ahmad, Salmah Baharuddin dan Roshaida Arbain, manakala Cik Fatihah telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Baseline Water Quality Data of Mines in Kelantan. Encik Anuar pula mempertandingkan poster yang bertajuk The Effectiveness Study of Calcium and Magnesium Oxides in Acid Mine Drainage Treatment yang ditulis bersama Prof. Madya Dr. Azli Sulaiman, Dr. Hj Ismail Ibrahim dan Encik Mohd Syahrir Mohd Rozi. Bagi sesi pembentangan kertas kerja, Cik Fatihah telah berjaya meraih salah satu anugerah bagi Best Oral Award di antara sepuluh pembentang terbaik.

Baca selanjutnya

BENGKEL PENGURUSAN MAKLUMAT SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI ZON TENGAH di CREaTE, MELAKA

BENGKEL PENGURUSAN MAKLUMAT SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI ZON TENGAH di CREaTE, MELAKA

ALOR GAJAH, MELAKA (24 SEPTEMBER 2018): Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan satu bengkel “Pengurusan Maklumat Sains dan Teknologi” bagi Zon Tengah di CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Tujuan bengkel ini adalah untuk meluaskan penyertaan institusi lain dalam inisiatif perkongsian kemudahan dan peralatan sainstifik serta maklumat modal insan (kepakaran) seperti yang terkandung dalam pangkalan data STI MASTIC. Bengkel ini dibahagi kepada dua sessi iaitu sessi pengemaskinian Pangkalan Data Modal Insan (NMDS) dan sessi Pengemaskinian Pangkalan Data Kemudahan dan Peralatan Saintifik.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA YB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA ROMBONGAN KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN KERJA YB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA ROMBONGAN KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH (21 SEPTEMBER 2018): Pada 21hb September 2018, Menteri Besar Terengganu, YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan rombongannya seramai 10 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral(PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG).

Rombongan tersebut disambut oleh kakitangan JMG yang diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG, Pengarah Kanan PPM, Hj. Md Muzayin bin Alimon dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal(BPT) Dato’ Mohd Zaim bin Abdul Wahab. Pegawai-pegawai lain yang turut serta semasa ketibaan YAB Menteri Besar adalah pengarah JMG Negeri Perak, pegawai-pegawai penyelidik dan pegawai geosains.

Baca selanjutnya

KEJAYAAN CEMERLANG MILIK PENYELIDIK PPM DI IIDEX 2018

KEJAYAAN CEMERLANG MILIK PENYELIDIK PPM DI IIDEX 2018

Pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul pingat emas semasa pertandingan di Invention, Innovation & Design Exposition 2018 (IIDEX 2018) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 24 - 28 September 2018 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Rekacipta dari PPM ini ialah Non-Chemical Reagent Usage in Processing of Mica oleh Dr Ismail b. Ibrahim, Dr Nazwin bt. Ahmad, Pn. Salmah bt. Baharudin dan Pn. Roshaida bt. Arbain. Di samping itu, Dr Ismail juga turut meraih pingat emas bagi acara Elevator Pitch 2018 (Individu).

Baca selanjutnya