Pada 11 Ogos 2018, PPM telah menghantar 2 orang wakil Pembantu Penyelidik bagi menghadiri kursus MGLS 101: Pengenalan kepada Gemologi dan Mineralogi. Pembantu-Pembantu Penyelidik tersebut adalah Encik Amirul Asyraaf bin Jailani dan Encik Azammuddin bin Ahmad Fauzi. Kursus ini telah dijalankan di Malayan Gemological Laboratory Services, Petaling Jaya Selangor. Pegawai daripada syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk memberi taklimat ialah Encik Mat Ruslin bin Maulud.
Kursus ini bertujuan untuk mempelajari dan mendalami ilmu Gemologi & Mineralogi khususnya berkaitan batu permata. Di samping itu, peserta kursus dapat meluaskan cabang pemahaman dan idea dalam menjalankan aktiviti R&D PPM secara am nya. Secara tidak langsung, mereka dapat mempelajari kaedah-kaedah pembentukan, explorasi dan klasifikasi permata dan merasai pengalaman menggunakan peralatan-peralatan canggih dan teknik-teknik gemologi secara ilmiah dan profesional.