Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26 berjalan dengan lancar

Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26 berjalan dengan lancar

Pada 15 Mac 2018, PPM telah melaksanakan  Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada pembantu penyelidik yang sudah berpengalaman dan berkemahiran tinggi untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam kerja-kerja penyelidikan di PPM kepada pembantu penyelidik yang baharu.

Dua orang pembantu penyelidik bergred Q26, yang menjadi Mentor sepanjang program yang dijalankan  ialah Puan Hjh Nasariah Binti Hj Shaari dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong & Kuari (CTPLK), serta Puan Loo Guek Hong dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL). Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Marlinda Binti Daud, pegawai penyelidik dari Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).

Baca selanjutnya

CTBT ADAKAN LAWATAN TEKNIKAL DI TINEX KAOLIN COPORATION SDN BHD

CTBT ADAKAN LAWATAN TEKNIKAL DI TINEX KAOLIN COPORATION SDN BHD

Pada 21 Mac 2018, satu lawatan teknikal dan aktiviti pengambilan sampel di lombong Tinex Kaolin Corporation Sdn Bhd, Simpang Pulai dan di kilang pemprosesan di Bidor,Tapah telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Lawatan ini telah diketuai oleh Dr Hjh Rashita Abd Rashid dan turut disertai oleh pegawai penyelidik, penolong pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan pembantu awam.

Baca selanjutnya

Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

PPM sekali lagi telah berjaya menjalankan Program Mentor Mentee untuk para pegawai penyelidik pada 20 Mac 2018. Program tersebut dijalankan di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seramai 14 orang pegawai penyelidik terlibat dalam program tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pegawai yang senior berkongsi pengalaman kerja serta ilmu penyelidikan dan kemahiran kepada para pegawai penyelidik yang baharu. Mentor untuk program kali ini ialah Tn Hj Abdul Rois Bin Abdul Mois, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, PPM.

Baca selanjutnya

PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

Pada 22 Mac 2018, PPM telah menerima pelawat dari pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, Nottingham University, Selangor. Seramai 40 orang pelajar dan pensyarah mengikuti lawatan ini.Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendapat maklumat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu berkaitan dengan mineral yang terdapat di Malaysia, serta kerja-kerja penyelidikan yang dilakukan di PPM.

Dua orang pengiring yang hadir bersama-sama dengan para pelajar ialah Dr Nishanth dan Phon Mun Haeng. Pegawai-pegawai penyelidik daripada PPM yang terlibat untuk mengendalikan lawatan tersebut ialah Pn Roshaida Binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pn Hamizah Binti Abd Samad dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) dan Cik Norinsafrina Binti Mustaffa Kamal dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK).

Baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA

GOTONG ROYONG PERDANA

IPOH 7 Mac 2018, di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN), Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PPMJMG dan Kelab Sukan dan Kebajikan PPMJMG telah menganjurkan satu program β€˜Corporate Sosial Responsibility’ (CSR) yang merupakan program Gotong-Royong Perdana membersihkan tanah wakaf perkuburan di Tanjung Rambutan  dan masjid di Ulu Kinta. Program ini juga dianjurkan  bersama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Melayu Batu 8,  JKKK Tanjung Rambutan, JKKK Kg Tersusun Batu 8 & Bandar Baru Putra & MDP Villa, Anggota Polis Gerak AM (PGA) dan Majlis Bandaraya (MBI).  

Baca selanjutnya