SALT TRAIL CHALLENGE 2019 - MERCY (M) SABAH CHAPTER

SALT TRAIL CHALLENGE 2019 - MERCY (M) SABAH CHAPTER

KOTA KINABALU, SABAH (14 OKTOBER 2019): ISNIN, Satu larian amal anjuran Badan Amal Mercy (M) Sabah Chapter telah diadakan pada 12 Oktober 2019 hari Sabtu seawal pukul 6.00 pagi bermula di Banjaran Crocker, Stesen Inobong, Penampang, Sabah.

Larian amal ini telah disertai seramai 278 orang peserta yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteren Lelaki dan Veteren Wanita bagi jarak 16 km dan 25 km.

Peserta berkumpul seawal pukul 5.00 pagi di Sub Stesen Inobong dan larian bagi jarak 25 km dimulakan pada pukul 6.00 pagi. Terdapat enam check pont yang perlu dilalui oleh peserta 25 km ini {Sub Stesen Inobong – Lutong Hut (2km) – Babagon Hut (2km) – Pogigirupaan (4km) – Kg. Terian (4.5 km) dan balik semula ke Sub Stesen Inobong (12.5km)}.

Laluan larian amal peserta ini amatlah mencabar dan terpaksa dilalui ialah tiga laluan berbukit tinggi dan panjang serta peserta perlu menyeberangi beberapa sungai. Larian amal ini telah disertai olah seorang kakitangan JMG Sabah iaitu En. Mohd. Azrol bin Hanaffi merupakan Pembantu Operasi JMG Sabah yang sememangnya aktif dalam larian dan hiking.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Mohd. Azrol bin Hanaffi

Written by : AZROL