Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62

   PERTANDINGAN MEWARNA

    Pada 29 Ogos 2019, sebuah Pertandingan Mewarna antara staf JMG Negeri Sembilan/Melaka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62 telah diadakan. Pertandingan ini diadakan pada 2.30 petang di bilik mesyuarat Jurassic.

    Pertandingan ini mendapat sambutan yang tinggi oleh staf-staf JMG. Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat patriotik di dalam diri staf JMG. Pada masa yang sama, pertandingan ini dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf-staf JMG.

    Diharapkan pertandingan ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang supaya hubungan silaturrahim antara staf lebih erat dan mesra. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menyertai Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62.

    

 

Written by : norhayati_mr