Taklimat Keselamatan Penggunaan Gas di Pusat Penyelidikan Mineral

Taklimat Keselamatan Penggunaan Gas di Pusat Penyelidikan Mineral

Pada 2 Ogos 2018, PPM telah menjemput sebuah syarikat pembekal gas, Gas Pantai Timur Sdn. Bhd. untuk memberi taklimat kepada warga PPM tentang keselamatan penggunaan gas. Hal ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka yang bekerja di makmal setiap hari kerana kebanyakan makmal mempunyai silinder gas sebagai salah satu peralatan untuk penyelidikan di sini.

Wakil daripada syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk memberi taklimat ialah En. Asif Bin Zainudin. Turut hadir ialah En. Mohd Noor, pegawai cawangan syarikat Pantai Timur Ipoh.

Program bermula dengan kata alu-aluan daripada Timbalan Pengarah PPM, En Aminudin Bin Mahmud yang diadakan di Dewan Seminar dan diteruskan dengan sesi taklimat daripada pada jam 9 pagi hingga 10.30 pagi. Setelah selesai kudapan pagi, program diteruskan dengan demonstrasi terhadap cara mengendalikan gas dengan betul serta cara untuk menyelenggara silinder gas agar kekal selamat.

Para peserta serta penceramah dibawa ke beberapa makmal untuk sesi demonstrasi tersebut. Banyak pendedahan serta perkongsian ilmu yang diajar oleh penceramah kepada warga PPM ketika sesi tersebut.

Sesi itu berakhir pada jam 12 tengah hari. Program pada hari tersebut banyak membantu memberi pendedahan kepada seluruh warga PPM tentang pengendalian dan keselamatan penggunaan gas di makmal.

PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Gas Pantai Timur Sdn. Bhd. kerana sudi menerima jemputan untuk memberi taklimat di sini.

Written by : ezulia