THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2019): JUMAAT, Hari ini merupakan hari terakhir bertugas sebagai Pengarah JMG Sabah buat En. Mohd. Yusop bin Ramli dan juga merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Setelah mencurahkan bakti sebagai penjawat awam selama 34 tahun dan akhirnya pada hari ini beliau akan bersara wajib dalam usia 60 tahun. Beliau bermula daripada Pegawai Kajibumi Gred 41 dan berakhir dengan Gred 54 sebagai Pengarah JMG Sabah.

Beliau mulakan tugas beliau di Unit Geosains Aktiviti Pemetaan, JMG Sabah sebagai pegawai kajibumi. Selepas itu beliau mengendalikan Remote Sensing JMG Sabah. Dari Remote Sensing JMG Sabah beliau ditukarkan di JMG Sarawak pula dan beliau berakhir di JMG Sabah. Hampir 3 tahun memegang jawatan Pengarah di JMG Sabah, semasa beliau ditukarkan ke JMG Sabah beliau memegang jawatan Timbalan Pengarah Unit Geosains (Pegawai Geosains Gred 52).

Beliau merupakan seorang yang tegas dalam sesuatu hal apa lagi berkaitan dengan tugas-tugas yang dijalankan. Namun beliau juga seorang yang baik, bak kata pepatah dalam hati ada taman. Beliau mempunyai sorang isteri dan 8 orang anak.

JMG Sabah mengucapkan β€œSelamat Bersara” selamat berehat buat Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop, dan berharap agar dapat menikmati alam persaraan yang menyeronokkan.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, En. Morius Bantas, En. Paulus Godwin dan Penulis

Written by : Suriani Ramlee