“CYBER SECURITY MODULAR CERTIFICATION” – PROJEK RINTIS PENSIJILAN PROFESIONAL

“CYBER SECURITY MODULAR CERTIFICATION” – PROJEK RINTIS PENSIJILAN PROFESIONAL

KOTA KINABALU, SABAH (09 DISEMBER 2019): ISNIN, Satu Majlis Perasmian Projek Rintis Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber telah diadakan di Hotel Hilton, Kota Kinabalu pada pagi ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Tujuan projek ini adalah begi meningkatkan kompetensi setiap peserta melalui pensijilan profesional modular keselamatan siber. Majlis ini dihadiri daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri. JMG Sabah diwakili oleh Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat) dan Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).

Antara objektif projek rintis ini adalah :
1. Menghasilkan profesional keselamatan siber dengan pelbagai kemahiran untuk menangani keperluan industri dan          menyokong inisiatif TVET kerajaan.
2. Meningkatkan keupayaan profesional cybersecurity dalam mengurangkan ancaman siber.
3. Menyediakan laluan pantas untuk menampung Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di bawah Akta Malaysia 652.
4. Cipta satu platform pembangunan keselamatan kapasiti siber dan pembelajaran hayat.

Projek rintis ini merupakan kerjasama antara Cyber Security Malaysia, Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT – Malaysia Board of Technologists), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Pn. Lena Anggie dan Pn. Normi Adok

Written by : Suriani Ramlee