Perkongsian Ilmu: Sample Preparation for Geological Samples

Perkongsian Ilmu: Sample Preparation for Geological Samples

Ipoh, 24 November 2023:   Telah di adakan Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT. 

Baca selanjutnya

AUDIT PENGAWASAN MS ISO 9001:2015

 AUDIT PENGAWASAN MS ISO 9001:2015
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 27 November 2023 oleh auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Meena a/p Ragawan dan Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

LAWATAN DELEGASI DARI INDUSTRIAL INNOVATION ACADEMY (IIA) DAN THE EARTH SCIENCES CONSULTATION CENTRE (ESCC), OMAN KE PPM

LAWATAN DELEGASI DARI INDUSTRIAL INNOVATION ACADEMY (IIA) DAN THE EARTH SCIENCES CONSULTATION CENTRE (ESCC), OMAN KE PPM
IPOH, 22 November – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan dari Industrial Innovation Academy (IIA) dan The Earth Sciences Consultation Centre (ESCC), Oman.
Lawatan ini bertujuan mempelajari pembangunan terkini dalam industri jubin, batu kapur, batu hiasan dan sebagainya di samping membina hubungan dan kerjasama industri dengan PPM dan JMG dalam bidang mineral.
Dalam rangka lawatan ini, delegasi IIA-ESCC diketuai oleh diketuai oleh En. Marwan Khamis Al-Moqbali bersama 7 orang pegawai dari IIA dan ESCC.
Rombongan telah diberi taklimat profil korporat PPM dan tayangan video korporat PPM, perbincangan kerjasama industri seterusnya lawatan ke Galeri PPM dan makmal CTBS, CTBT dan CTBT.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral antara dua negara ini.

PRIMARY TIN CONFERENCE (PTC) 2023

PRIMARY TIN CONFERENCE (PTC) 2023
KUALA LUMPUR, 16 November - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai PTC 2023 yang berlangsung pada 16 November 2023 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Seorang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM turut membentangkan kertas kerja di persidangan ini. Kertas kerja bertajuk Enhancing Tin Grade by Removing Siderite from Primary Tin Ore telah dibentangkan oleh En. Costantine Joannes.
Persidangan ini telah dianjurakn oleh Lembaga Industri Timah (Penyelidikan dan Pembangunan) dan Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) serta dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBhg Datuk P. Geol. Zamri bin Ramli pada hari yang sama.

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

25 NOVEMBER 2023 (AHAD)

JMG KELANTAN

 Unit Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah mengadakan sebuah Bengkel Ujian Pengepaman bertarih 26 November 2023 pada hari Ahad bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan. Peserta yang terlibat ialah 17 orang kakitangan JMG Kelantan.Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zahidi bin Hamzah (Pegawai Geosains JMG Kelatan).

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi perhatian serta kerjasama sepenuhnya sepanjang kuliah yang disampaikan oleh penceramah. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dalam kerja-kerja seharian di JMG.