Perhimpunan bulanan bilangan 9/2012 telah diadakan pada 11 September 2012. Perhimpunan bulanan kali ini diadakan bersekali dengan majlis jamuan hari raya. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga JMG Johor. Beliau berharap agar sentiasa terjalin semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan dengan adanya budaya ziarah menziarahi. Disamping itu, ianya juga dapat memberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengukuhkan persahabatan yang sedia terjalin.
Majlis Persaraan Puan Sarah Bt. Ismail
Tarikh 28 September 2012 menyaksikan JMG Pahang kehilangan seorang lagi kakitangan yang berdedikasi apabila Puan Sarah Bt. Ismail telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada umur 58 tahun. Puan Sarah mula berkhidmat di JMG Pahang sebagai Pembantu Tadbir bermula pada tahun 2009. Untuk meraikan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di ruang foyer jabatan.
Hari Keluarga JMG Pahang 2012
Meriah dan Penuh Keceriaan. Itulah yang dapat digambarkan suasana Hari Keluarga Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang telah dilangsungkan di Suria Cherating Beach Resort pada 8 - 9 September 2012 yang lalu. Acara ini telah dijalankan dengan jayanya di bawah kelolaan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang (KESKEPA). Hari keluarga adalah wadah penting dalam memperatkan tali silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga, yang berkhidmat di bawah satu jabatan. Justeru itu, acara ini telah menerima sokongan hangat dari semua dan merupakan hari yang ditunggu-tunggu.
Pameran : Hari Kokurikulum SMK Redang Panjang Ijok Selama Perak
Selama, 18 September: Pameran semperna Hari Kokurikum Sekolah Model Khas Redang Panjang Ijok Selama Perak telah disertai oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pameran ini turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Malaysia Unit Harimau Selama, JAS Cawangan Taiping, JPS Cawangan Ipoh dan guru dari Pusat Kegiatan Guru Selama. Hari Kokurikum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Malaysia Negeri Perak dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli parlimen Selama iaitu YB Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Beliau sempat melawat tapak pameran dan gerai jualan yang disediakan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan dengan kerap pada masa hadapan.
Pameran : Karnival Kimia Anjuran Institut Kimia Malaysia
Ipoh 25 September 2012, Satu karnival yang dianjurkan oleh pihak Institut Kimia Malaysia Cawangan Perak telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohammad Zahir B. Abdul Khalid - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pendidikan Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak. Karnival ini telah dihadiri para pelajar dari sekolah menengah sekitar Bandar Ipoh.