Pada 3 September 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1433H & Menyambut Pengarah baharu JMG Kelantan, Tn. Hj. Ibrahim Amnan. Berbagai juadah disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Tuan Pengarah dan diakhiri dengan jamuan makan sambil diiringi lagu-lagu raya. Selamat datang diucapkan kepada Pengarah baharu dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkatinya.
Pengarah JMGKPP seru pupuk keharmonian dan kebersamaan
Tuan Haji Zainol Bin Husin, Pengarah JMG KPP menyeru semua pegawai dan staf sokongan jabatan agar memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian dalam usaha meningkatkan produktiviti kerja. Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan bilangan ke-7 2012 semalam yang telah dihoskan oleh Unit Geosains.
Lawatan Amal Ramadhan 1433H, BKKI JMG Sabah
Raut wajah dan gelagat si comel walaupun nampak menggembirakan namun bagi yang memerhati tetap merasakan kesayuan di hati. Bagi tahun 2012, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) merencanakan untuk melawat dan memberikan sumbangan kepada dua buah rumah amal iaitu Rumah As-Sakinah dan Rumah Anak Kesayangan. Rumah As-Sakinah menempatkan anak-anak yatim manakala Rumah Anak Kesayangan menempatkan anak-anak daripada pelbagai latar belakang yang terdiri daripada 8 asnaf penerima zakat.
Majlis Berbuka Puasa 2012
“Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah mengkehendakiâ€. Alhamdulillah, pada 11 Ogos 2012 yang lalu Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI), JMG Sabah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2012 bertempat di ruang pejabat JMG Sabah.
Ceramah Lailatul Qadar Tingkat Kesedaran Tambah Ibadah
Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) JMGKPP melalui Biro Agama telah menganjurkan program Ceramah Lailatul Qadar. Program yang diadakan di Bilik Delima ini menampilkan al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Rahman Omar, Imam Masjid Darussalam, Kampung Tambak Bunga, Alor Setar sebagai penceramah jemputan.