LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG KE LOKASI ‘GROUND ZERO’ LOKASI LETUPAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG KE LOKASI ‘GROUND ZERO’ LOKASI LETUPAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS

'Ground Zero' Putra Heights
▪️07 April 2025

YBhg. P.Geol. Datuk Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG telah turun padang ke lokasi letupan paip gas di Putra Heights.

Beliau telah diiringi oleh YBrs. P.Geol. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, Pengarah JMG Negeri Selangor/W.Persekutuan bersama pegawai-pegawai geosains JMG bagi menjalankan kerja-kerja penilaian teknikal berkaitan kestabilan struktur tanah di kawasan letupan paip gas di Putra Heights, Selangor.

Lawatan kerja didahului dengan perbincangan dan perkongsian pengalaman Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan - bertukar pandangan dan pengalaman.

Di tapak kejadian, ‘team JMG’ turut mengadakan perbincangan teknikal bersama pasukan teknikal Gas PETRONAS dan PDRM untuk meneliti situasi sebenar secara lebih mendalam.

Sebagai agensi tunjak negara dalam bidang geosains, JMG akan menyumbangkan kepakaran dan pengalaman khususnya dalam bidang geologi forensik bagi membantu siasatan dan analisis berkaitan insiden ini.

🔍 Ilmu geosains bukan sekadar mengkaji bumi dan batu – tetapi turut menjadi nadi penting dalam mencari jawapan di sebalik tragedi.

⚒ ’Ahli Geologi : Mengemudi Masa Hadapan’

🌏 Selamat Menyambut Hari Ahli Geologi 2025

#JMGMalaysia
#NRES
#GeologiForensik
#LetupanPutraHeights
#GroundZero
#MadaniBekerja
#selamathariahligeologi

JMG MENYANTUNI OKU PENGLIHATAN 2025

JMG MENYANTUNI OKU PENGLIHATAN 2025

Pontian, 12 April 2025 - JMG Johor telah bekerjasama dengan Politeknik Ibrahim Sultan (Pasir Gudang) dan Blerong Geoguide Services menyantuni OKU Penglihatan dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia [Society of The Blind Malaysia (SBM) Cawangan Johor] menganjurkan Program Áccessible Geo-Tourism’di Tanjung Piai, Pontian.

Baca selanjutnya

KUNJUNGAN KE UNIT PENGURUSAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

KUNJUNGAN KE UNIT PENGURUSAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Iskandar Puteri, 11 April 2025 - Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan En. Hairul bin Mohamad Shaharuddin (Timbalan Pengarah Pembangunan Lombong dan Kuari) dan Pn. Arda Anasha binti Jamil (Ketua Projek Sumber Mineral Strategik) telah berkunjung ke pejabat Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan JMG yang boleh membantu Kerajaan Negeri dalam pengurusan sumber buminya. Perbincangan ini dilakukan bersama dengan En. Ambok Nani bin Muhamad Nor (Ketua Unit Pengurusan SSI) dan En. Mohd Azrul bin Abdul Azis (Pegawai Hartanah 1).

Baca selanjutnya

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR

Iskandar Puteri, 26 Mac 2025 - Pasukan Taskforce Bencana Geologi JMG Johor yang diketuai oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Setia Eco Village, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor yang berlaku pada 20 Mac 2025 akibat hujan lebat yang berterusan yang melanda negeri Johor baru-baru ini. Pemeriksaan tertumpu kepada mengenalpasti punca dan sebabnya berlaku bencana tanah runtuh dikawasan tersebut dengan lebih terperinci.

Baca selanjutnya

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr Hj Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais yang bersara pilihan pada 28 Mac 2025.
Seluruh warga Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, bakti dan ilmu serta pengalaman yang telah diberikan oleh Dr Hj Izhar Abadi, Ketua Cawangan Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) sebagai seorang Pegawai Penyelidik sepanjang 34 tahun dan 5 bulan bertugas di Pusat Penyelidikan Mineral.
Beliau merupakan seorang Pegawai Penyelidik yang amat berilmu dalam bidangnya, sentiasa merendah diri, amat teliti dan fokus dalam tugasan, sentiasa berkerjasama dan berkeperibadian yang amat tinggi.
Terima kasih kami ucapkan di atas khidmat bakti, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang bersama kami di PPM JMG.
Seluruh warga PPM mengucapkan selamat bersara dan semoga Dr Hj Izhar Abadi sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan, berada di dalam rahmat Allah S.W.T. di samping keluarga tercinta.