"Latihan Hasilkan Pelet Kaca Kristal: Bongkar Rahsia Kaca Kristal Berkualiti Tinggi!"

"Latihan Hasilkan Pelet Kaca Kristal: Bongkar Rahsia Kaca Kristal Berkualiti Tinggi!"
15-16 Oktober 2024 – 20 peserta dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) dan kumpulan sokongan berkumpul untuk belajar seni menghasilkan kaca kristal. Bengkel ini adalah anjuran bersama CTBS dan CPP, Pusat Penyelidikan Mineral.
Apa yang menarik?
1) Pendedahan eksklusif! Pelajari langkah demi langkah pembuatan pelet kaca kristal, dari bahan mentah sehingga ke produk pelet yang sedia untuk dipasarkan
2) Kenali alatan dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelet kaca berkualiti tinggi.
3) Praktikal & teori bergabung! Peserta dapat peluang hands-on menghasilkan pelet kaca sendiri.
4) Stok kaca kristal berkualiti dapat hasilkan kaca kristal yang lutsinar dan menarik
Baca selanjutnya

SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2024

SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA TAHUN 2024
IPOH, 9 OKTOBER – Sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selama dua hari bermula 8 Oktober 2024.
Audit dalaman ini bertujuan memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam setiap Cawangan/ Unit berada dalam keadaan mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 serta memastikan pengurusan risiko dan peluang diambil kira dalam pelaksanaan SPK Cawangan/ Unit dan memastikan proses tambah nilai yang berterusan dilakukan dalam pelaksanaan sistem tersebut.
Baca selanjutnya

SESI POCKET TALK DI iGEM 2024

SESI POCKET TALK DI iGEM 2024
KUALA LUMPUR, 9-11 Oktober - Sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM) juga telah diadakan sesi Pocket Talk.
Sesi Pocket Talk ini ditawarkan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk berkongsi kepada Syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan, penyelidik dan pakar akademik, startups dan usahawan, NGO dan organisasi antarabangsa dan juga pelabur serta pembuat dasar.
IGEM bertujuan mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi hijau, dengan kerjasama pelbagai pihak untuk mempromosikan pembangunan lestari dan menangani cabaran perubahan iklim.
Tahniah juga diucapkan kepada Mohd Hakim Bin Ibrahim pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika PPM-JMG kerana telah berjaya membuat pembentangan bertajuk Ecolight Tiles: Save the Environment While Making Money pada sesi Pocket Talk sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM) 2024!

CERAMAH TEKNIKAL: RGS CORPORATION - INTRODUCTION OF MINERALOGY & GEOLOGY SOLUTIONS

CERAMAH TEKNIKAL: RGS CORPORATION - INTRODUCTION OF MINERALOGY & GEOLOGY SOLUTIONS
IPOH, 2 Oktober - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. , telah menganjurkan satu sesi ceramah teknikal pada hari ini.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Mr. Leonardo Salazar, Sr. Product Application Specialist/ Geologist dari Thermo Fisher Scientific Australia dan Mr Loy Hao Chih, Sales Manager dari RGS Corporation Sdn. Bhd. Sesi ceramah teknikal ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan sesi ceramah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan dalam bidang mineralogi dan geologi kepada semua penyelidik dan seterusnya meningkatkan lagi mutu penyelidikan di PPM.

KAMPUS PPM BIL 2 TAHUN 2024: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KAMPUS PPM BIL 2 TAHUN 2024: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
IPOH, 27 SEPTEMBER - Pada hari ini telah diadakan program Kampus PPM Bil 2 Tahun 2024: Pembentangan Pelajar Latihan Industri. Seramai 4 orang pelajar latihan industri telah membentangkan projek mereka masing-masing selama menjalani latihan industri di PPM.
Pembentang pertama, Cik Wan Adriana Zahirah Binti Mior Ahmad Zaini dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia telah membentangkan projek yang bertajuk Recovery of Rare Earth Element from Metallic Mine Waste by Acid Leaching. Beliau menjalani latihan industri bermula 22 Julai 2024 – 27 September 2024 di Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) di bawah seliaan Ts. Mohd. Zaid bin Md. Sharif.
Baca selanjutnya