MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JMG PERAK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JMG PERAK

24 Mei 2022 (Selasa) – Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di Kawasan Parkir Kereta JMG Perak pada jam 11.00 pagi. Majlis ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua warga JMG Perak dan para tetamu jemputan khas. Antara tetamu istimewa ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En Mohd Badzran Bin Mat Taib, YB. YB Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, pesara-pesara JMG Perak dan pihak industri.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis iaitu En. Amir Mizwan dan Cik Nur Suhaddah. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Encik Khalis Azfar dan seterusnya ucapan Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil serta ucapan daripada En Mat Niza selaku Pengerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan (KKR) JMG Perak. Majlis Sambutan Aidilfitri ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan saban tahun oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR) JMG Perak bagi menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama warga JMG Perak.

Tema yang digunapakai pada tahun ini ialah ‘Suasana Kampung’ maka terhasil photobooth yang berlatar belakangkan suasana dalam rumah kampung. Penganjuran majlis kali ini juga diselitkan dengan pertandingan 3 anugerah iaitu Pakaian Mengikut Tema Terbaik (Lelaki & Wanita) dan Ahli KKR Paling Sporting. Pakaian Mengikut Tema Terbaik Lelaki dimenangi oleh En. Putra Ariff Fadzillah, Pakaian Mengikut Tema Terbaik Wanita dimenangi oleh Pn. Norlela dan Ahli KKR Paling Sporting dimenangi oleh En. Mohd Zaid. Selain itu, segmen karaoke juga dibuka kepada warga JMG Perak yang berminat atau yang ingin mengasah bakat terpendam.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti Peringkat JMG Perak untuk tahun ini.

Written by : norhazliza