LAWATAN KERJA TKP OPERASI KE GEOTAPAK BUKIT JERNIH

LAWATAN KERJA TKP OPERASI KE GEOTAPAK BUKIT JERNIH

CHUPING, 1 Jun 2022 - Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi), En. Mohd Badzran Bin Mat Taib telah melakukan lawatan kerja ke Geotapak Bukit Jernih di Chuping, hari ini.

Turut sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengarah Cawangan Penyelerasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) JMG Ibu Pejabat, Tn. Hj. Nizarulikram Bin Abdul Rahim, Pengarah JMGKPP, Pn. Siti Faridah Bt Yusup dan Ketua Cawangan JMG Perlis, En. Razaidi Shah Bin Kadir.

Geotapak Bukit Jernih merupakan salah satu daripada geotapak dalam Aspiring Geopark Perlis.

Geotapak inilengkap dengan pelbagai struktur geologi penting iaitu batu kapur Formasi Chuping yang berusia 220 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis fosil seperti foraminifera, nautiloid, crinoidea serta pelbagai serpihan fosil yang lain.

Terdapat geotrail yang berupa gua, sungai, struktur geologi seperti karren, lapis,ย cendawan dan struktur sesar yang dapat dilihat dari jauh.

Kesan pembentukan pelbagai struktur geologi yang terbentuk akibat kenaikan paras air, hakisan air kuno yang boleh menjadi daya tarikan kepada pengkaji dari pelbagai peringkat umur.

Program lawatan kerja tersebut merupakan sebahagian daripada sesi lawatan beliau ke pejabat-pejabat JMG di setiap negeri.

Written by : afif