MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

DUNGUN, 26 Mac 2018(Ahad) โ€“ Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub Kg. Jongok Batu telah disempurnakan oleh YB HJ. Roslee Bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N 25 Bukit Besi. Majlis ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, J3K Kg. Jongok Batu, Pejabat Dun Bukit Besi, UMT dan beberapa agensi kerajaan persekutuan. Majlis ini merupakan simbolik penyerahan sistem telaga tiub kepada komuniti Kg. Jongok Batu dan kawasan sekitarnya dengan harapan penduduk kampung mendapat bekalan air bersih secara berterusan.

Majlis ini juga dilaksanakan dengan matlamat sebagai medan perkongsian maklumat dan kesedaran awam berkaitan bidang geologi khusunya hidrogeologi. Selain daripada itu, pendedahan kepada masyarakat tentang peranan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dapat ditonjolkan.

Sempena majlis perasmian ini juga, turut diadakan program pamiran melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu serta Jabatan Boma dan Penyelamat Malaysia.

 

blog 17

 

blog 15

 

blog 14

 

blog 13

 

blog 12

 

blog 11

 

blog 10

 

 

blog 7

 

blog 6

 

blog 5

Program Perhimpuan Bulanan JMG Pahang dan Gotong Royong Mengecat Kerb Pembahagi Jalan JMG Pahang

Program Perhimpuan Bulanan JMG Pahang dan Gotong Royong Mengecat Kerb Pembahagi Jalan JMG Pahang

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 21 Mac 2018, telah diadakan Perhimpunan Bulanan Kedua JMG Pahang bagi tahun 2018. Serentak dengan program tersebut, telah dianjurkan program gotong-royong mengecat kerb pembahagi jalan di sekitar JMG Pahang. Bagi pengisian program, beberapa aturcara telah disusun dan diatur, antaranya termasuk perhimpunan bulanan kakitangan, sesi pengenalan kakitangan baharu, taklimat pengarah, sesi perkongsian minda, acara gotong royong dan program Hari Terbuka Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Pahang pada sebelah petang hari berkenaan.

Aturcara program bermula pada pukul 9 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite di tingkat bawah JMG Pahang. Perhimpunan bulanan kali ini di pengerusikan oleh En. Mohd. Asnizam b. Ayub. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Nazeen Alhafiz b. Mohd Japeri, nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG serta bacaan Ikrar Perkhidmatan oleh En. Mohd Irwan b. Md Yusof. Pengerusi majlis seterusnya memaklumkan dan memperkenalkan dua kakitangan baharu JMG Pahang iaitu En. Mohd Afiq Firdaus b. Azmat dan Puan Norjunaida bt. Salehudin yang merupakan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang. Kedua-dua kakitangan baharu ini kemudiannya dipersilakan memperkenalkan diri.

Program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Datoโ€™ Ir Azman b. Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan dengan menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir walaupun perhimpunan bulanan ini diadakan semasa cuti sekolah. Beliau mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada kakitangan baharu JMG Pahang serta mengucapkan tahniah kepada beberapa kakitangan pegawai yang telah dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2017. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang.

PB22018A

PB22O18B

Selesai ucapan Datoโ€™ Pengarah JMG Pahang, program diteruskan dengan tayangan video aktiviti yang telah diadakan sepanjang awal tahun 2018 sehingga Mac 2018. Ini diikuti seterusnya oleh sesi perkongsian minda Kakitangan JMG Pahang. Pada perhimpunan bulanan kali ini, En. Zainal Abidin b. Jamaluddin, Pegawai Geosains Unit Geosains telah menyampaikan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan beliau berkaitan bidang hidrogeologi dan air tanah sebagai santapan minda kakitangan JMG Pahang.

PB22018J

Acara program seterusnya ialah sesi gotong royong mengecat kerb pembahagi jalan di sekitar JMG Pahang. Kerb pembahagi jalan sedia ada yang dibuat bersekali semasa pembinaan bangunan JMG Pahang pada tahun 2011 sudah kelihatan agak uzur dan lusuh. Alhamdulillah, hasil kerjasama kakitangan JMG Pahang yang bersama-sama bertungkus lumus dan sanggup mengotorkan tangan dan mungkin pakaian akibat terkena cat, kerb pembahagi jalan berjaya dicat dengan baik dengan warna hitam dan putih. Walau bagaimanapun, cat yang tidak mencukupi menyebabkan tidak keseluruhan kerb pembahagi jalan berjaya dicat. Insha Allah pada kesempatan lain, usaha ini akan disambung bagi kerb pembahagi jalan yang masih tertinggal dan tidak berjaya dicat semula. Diharapkan cat baharu ini dapat membantu menambahkan keceriaan, keindahan dan kerahmatan di JMG Pahang.

PB22018D

PB22018E

PB22018FPB22018GProgram Perhimpunan Bulanan Kedua JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis sambutan hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac serta makan tengahari pada pukul 12.45 tengahari.

PB22018H

PB22018C

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.