Satu majlis kesyukuran mendoakan keselamatan dan kesempurnaan perjalanan mengerjakan fardu haji telah diadakan di Surau Kompleks JMG Ipoh pada tarikh 28hb Ogos yang lalu. Majlis ini meraikan bakal-bakal haji dari BPT iaitu En Abd Kadir Ahmad dan isteri, En Mohamad Kassim dan isteri, En Ragimi dan isteri Pn Norida serta Pn Zauyiah dan suami. Bakal haji yang terawal berangkat ialah En Abd Kadir yang akan berangkat pada 30hb Ogos.
Kursus Pemantapan ISMS
Pada tarikh 23-26 JUN 2014 yang lalu, satu kursus pemantapan pemahaman dan pengukuhan pengetahuan mengenai ISMS telah berjaya diadakan. ISMS merupakan pengiktirafan kerajaan kepada jabatan yang telah mematuhi piawaian yang ditetapkan dan ia diperolehi pada tahun lalu. Dengan bilangan peserta 22 orang dari semua cawangan JMG, kursus ini telah berjalan dengan lancar. Antara okjektif kursus ialah
Bubur Lambuk BPT 1435H
Amalan gotong-royong dalam aktiviti kebaikan memang diperlukan dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula kita di bulan ramadhan yang berkat ini. Seperti kelaziman, Jawatankuasa Surau BPT telah mengadakan aktiviti memasak dan mengagih bubur lambuk dan pelbagai bubur jenis lain di bulan Ramadhan ini telah berjalan seperti biasa. Dengan pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, tenaga kepakaran dan kewangan, majlis gotong-royong ini telah berjaya dengan jayanya.
Kursus Asas Corel Draw 11 Amber BPT
Teknik manipulsi foto dan video sangat hangat diperkatakan apabila suatu foto dan video yang melibatkan orang ternama dan artis. Dari idea ini, Unit Kartogarfi Cawangan Pengurusan Maklumat BPT telah menganjurkan satu kursus asas Corel Draw v. 11. Penggunaan perisian ini dapat membantu suatu foto dan gambar diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan pelanggan. Di samping itu, penghasilan suatu poster yang berkesan juga berjaya dihasilkan. Bertarikh 19hb hingga 20hb Mei yang lalu, kursus ini dihadiri 32 orang peserta dari pelbagai unit di BPT.
Majlis Perpisahan En Khalid Arshad Unit IT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan,Untuk makluman semua, hari ini adalah hari terakhir saya berada di Jabatan ini setelah berkhidmat selama lebih kurang 35 tahun dalam perkhidmatan awam. Mengenang kembali sejarah perkhidmatan, saya lalui pelbagai kenangan pahit manis sepanjang tempoh itu.