kod galeri dipadam kerana ianya menyebabkan error.... Panduan akan dibekalkan kemudian. Tq
Lawatan Kejuruteraan Sumber Mineral USM ke Muzium Geologi
Aksi Riang Pelajar Sumber Mineral USM
Para Pelajar Jurusan Kejuruteraan Sumber Mineral semester 1 dari USM Transkrian telah membuat satu lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 12 Mei 2014. Mereka telah tiba pada jam 3.00 ptg kemudian dibawa melawat kemudahan makmal penyelidikan di PPM dan seterusnya dibawa melawat Muzium Geologi. Rombongan ini diketuai oleh Dr Noorhayati, pensyarah di Pusat Pengajian Sumber Mineral Transkrian.
Mesyuarat Agung KSKBPT 2014 dan Pemilihan Sesi 2014-2016
Jawatankuasa Induk KSKBPT Sesi 2014-2016Kelab Sukan dan Kebajikan BPT telah berjaya mengadakan satu Mesyuarat Agung pada tanggal 8 Mei 2014 yang lalu. Mesyuarat Agung ini juga menyaksikan terdapat pemilihan jawatankuasa kelab sukan dan kebajikan yang baru bagi sesi 2014-2016. Mesyuarat ini telah turut dihadiri wakil dari KSKPPM iaitu Tn Hj Shahar Effendi dan En Zainuddin dan dari KSKJMG Perak iaitu Pn Suzana.
Lawatan CEO MB Inc Perak ke Kompleks JMG
Satu Rombongan dari MB Inc Perak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Aminuddin Hashim dan para pegawai telah melawat kompleks JMG termasuk Muzium Geologi, Makmal Kimiabumi dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Majls Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim
Sungkai, 27 Feb 2014: Pada 28 Februari 2014, akan diadakan Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim. Perasmian akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Dato' Yunus Abd Razak. Kajian ini akan dijalankan oleh JMG dengan SEDA, KETTHA dan NRE sebagai stakeholder kajian.