Majlis Persaraan Pn. Raihan Idris

IPOH, 30 Jun 2015:  Pada hari ini telah diadakan Majlis Persaraan Pn. Raihan Idris, Penolong Pegawai Geosains Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Majlis diadakan secara sederhana memandangkan ianya dibuat dalam bulan puasa.

Kami warga BPT dan khususnya Cawangan Perkhidmatan Makmal mengucapkan selamat bersara dan semoga akan lebih bahagia di masa-masa akan datang.

raihan

Majlis Berbuka Puasa Kompleks JMG Ipoh

Majlis Berbuka Puasa Kompleks JMG Ipoh

IPOH, 10 Julai 2015:  Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau BPT. Majlis telah dihadiri oleh kira-kira lima puluh kakitangan BPT dan JMG Perak. Majlis bermula dengan berbuka puasa, sembahyang maghrib, isyak serta tarawih serta disudahi dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Mohd Zaidi Hassan.

Baca selanjutnya

Bubur Lambuk BPT

Bubur Lambuk BPT

Aktiviti penyediaan bubur lambuk BPT sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun. Dan pada tahun ini, akan dimulakan pada hari Khamis 25.06.2015 dengan sumbangan daripada KSKBPT dan para kakitangan BPT. Penyediaan bubur ini dibuat secara gotong royong seperti tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya disedekahkan kepada para kakitangan dan pegawai yang tering merasai kelazatan bubur lambuk BPT 

Baca selanjutnya