Sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd.

Sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd.

Satu sesi menandatangani perjanjian antara JMG dengan pihak Geo Strata Sdn. Bhd. telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Ibu Pejabat JMG. Perjanjian ini adalah bagi melaksanakan "Projek Penghasilan Peta Bahaya Cerun dan Peta Risiko Cerun (PBRC) Negara Fasa 2 di Cameron Highland, Pahang". Pihak Geo Strata Sd. Bhd. diwakili En. Azmawi Mazran dan En. Mohd. Fadlee Baba.

Melalui projek ini, pihak JMG dapat membuat pengkelasan terain dan cerun kritikal di lapangan dan dapat mengenalpasti zon berisiko tinggi. Susulan itu membolehkan JMG membantu dalam program pemulihan dan mitigasi serta membantu program kesedaran awam bagi mengurangkan risiko geobencana tanah runtuh.

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

BATU ARANG, 22 Mei 2018 - Taklimat Peletupan Bawah Tanah Dan Terowong Bil. 2/2018 telah dianjurkan oleh Tenaga Kimia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JMG Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Perak iaitu Dato' Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, PT Persenjataan (Operasi) Bukit Aman iaitu DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin, pegawai - pegawai dari Unit Lombong & Kuari serta pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub SMK Senibong, Lundu, Sarawak

Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub SMK Senibong, Lundu, Sarawak

LUNDU 7 April 2018 โ€“ Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub SMK Senibong telah diadakan di sini baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ranum anak Mina, ADUN N1 Opar. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) NRE, Datoโ€™ Hj Suhaimi Hj Mamat; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi; Pengarah JMG Sarawak, Encik Enggong Aji; Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka, Encik Joanes Muda; Timbalan Pengarah PPO, Encik Nizarulikram Abdul Rahim; Wakil Pengarah JMG Terengganu, Encik Razaidi Shah, ketua-ketua masyarakat, guru-guru dan murid-murid SMK Senibong.

Baca selanjutnya