PENGEPAMAM AIR TELAGA TIUB BAGI OPERASI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

PENGEPAMAM AIR TELAGA TIUB BAGI OPERASI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

4 Mac 2019 (Isnin) โ€“ JMG Kelantan bersiap sedia 24 jam dan bertungkus lumus mengepam air daripada telaga tiub bagi menaikkan paras air bawah tanah untuk membantu operasi pemadaman kebakaran gambut di Bachok yang biasa berlaku di musim panas kering. Operasi pengepaman telah bermula pada 18 Februari 2019 dan masih diteruskan sehingga kini.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

28 Februari 2019 (Khamis) - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan. Perhimpunan kali ini telah diselia oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan. Encik Zarbani bin Mat Junos mewakili Unit Pentadbiran dan Kewangan bagi sesi pengucapan awam. Majlis perhimpunan diserikan juga dengan acara meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Februari  iaitu Puan Azizah bt Mamat. Tuan Pengarah JMG Kelantan turut sama menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Carom Tertutup JMG Kelantan yang dianjurkan oleh Biro Sukan KSK.  Selain itu juga diadakan sesi memperkenalkan diri ambilan PSH dan pelajar-pelajar praktikal.

Baca selanjutnya

Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan

Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan

28 Februari 2019 (Khamis) โ€“ JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan. Majlis diadakan di bilik mesyuarat JMG Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu. Majlis ini telah di hadiri oleh semua warga JMG Kelantan

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK TELAGA TIUB MADRASAH DARUL MUTAQIN KG LEPAN BOLA, BATU GAJAH, TANAH MERAH, KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK TELAGA TIUB MADRASAH DARUL MUTAQIN KG LEPAN BOLA, BATU GAJAH, TANAH MERAH, KELANTAN

Tanah Merah, 1 April 2018 โ€“ Satu majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub telah diadakan di antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kelantan dan Madrasah Darul Mutaqin, Kg Lepan Bola, Tanah Merah, Kelantan. Perasmian dan penyerahan projek telaga tiub ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Sumber Asli) Ybhg. Datoโ€™ Haji Suhaimi Bin Haji Mamat. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab. Ghani mewakili Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Baca selanjutnya

LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN

LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN

19 Januari 2016, Pengarah JMG Kelantan (Tuan Haji Nazan Bin Awang) telah turun padang bersama-sama Ketua Unit Geosains (Yusuf B. Bujang), Ketua Unit Pengurusan Maklumat ( Mohamad Yusof B Che Sulaiman), dan dua orang Pembantu Geosains iaitu Shahrilnnizam Samsudin dan Junor Yaacob.

 

Tujuan lawatan ke Loji Rawatan Air adalah untuk mengenalpasti tapak cadangan Telaga Explorasi Air Tanah. Telaga Explorasi digunakan untuk menentukan kedudukan lokasi pembinaan Telaga Tiub bagi membekalkan air ke Loji Rawatan air di Kemubu. Lawatan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Baca selanjutnya