Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2014 & hari Aktif JMG Kelantan

hari kecergasan 20141

28 Mei 2014 telah berjayanya satu program yang diadakan di luar dari perkarangan Wisma Persekutuan iaitu di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu. Program yang dimaksudkan adalah gabungan dua program iaitu perhimpunan bulanan dan hari aktif JMG Kelantan. Program dimulai dengan dengan program senamrobik dan diikuti dengan majlis perhimpunan bulanan. Dengan kehadiran hampir 98% telah menjayakan majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan Bil.4/2014 JMG Kelantan

Suatu kewajipan bagi setiap hujung bulan akan diadakan program perhimpunan bulanan. Pada bulan ini, iaitu pada tanggal 29 April 2014 (Selasa) bersamaan 29 JamadilAkhir 1435H telah berlangsungnya program tersebut.

Berikut adalah Laporan Perhimpunan Bulanan Bil4.2014 bagi Jabatan Mineral Dan Geosains negeri Kelantan.

Program Purple Walk dan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Kelantan

6

25 Mei 2014 - KOTA BHARU, Kira-kira 1,000 orang menyertai program โ€™Purple Walkโ€™ Peringkat Negeri Kelantan bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014, yang bertema โ€™Equality for Women is Progress for Allโ€™.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, program itu berkonsepkan santai dengan membabitkan wanita bersama anggota keluarga dan dilaksana secara serentak di seluruh negara.

Baca selanjutnya

Gotong-Royong Perpindahan Dari Stor Cawangan Lama Kg. Huda Ke Stor Cawangan Baru Jalan Bayam

1
 

 Pada 10 Mac 2014 (Isnin), Satu aktiviti gotong-royong penyusunan dan pemindahan barang-barang daripada stor cawangan lama (Kampung Huda) ke stor cawangan baru di Jalan Bayam telah dilakukan beramai-ramai.

Terima kasih kepada semua kakitangan yang turun padang dalam meringankan beban Pembantu Awam JMG Kelantan dalam kerja-kerja gotong-royong tersebut. Makanan dan minuman ditaja oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan.