IPOH, 21 November 2017: Satu program latihan menghadapi bencana telah dilaksanakan dengan penglibatan 26 agensi yang berpejabat di sekitar Daerah Kinta, Perak. Seramai 185 anggota pelbagai agensi, iaitu termasuk 6 anggota dari JMG Malaysia Perak terlibat dalam menjayakan latihan ini. Latihan diadakan di perkarangan Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh dengan bersenariokan kemalangan jalan raya akibat tanah/ batu runtuh yang berlumpur.
Perhimpunan Bulan Mac 2016 JMG Malaysia, Perak
Perhimpunan Bulan Mac 2016 JMG Malaysia, Perak telah diadakan pada 1hb Mac 2016 di Dewan Granit, JMG Malaysia, Perak.
Perhimpunan Bulan Disember JMG Malaysia, Perak
Perhimpunan Bulan Disember 2015 telah diadakan pada 10 hb Disember 2015 di Dewan Granit JMG Malaysia, Perak.
Kursus Asas GIS
JMG Perak telah menganjurkan Kursus Asas GIS pada 18-20 hb Januari 2016 yang lalu di Bilik Amber, BPT Ipoh. Peserta adalah terdiri dari kakitangan JMG Malaysia, Perak serta beberapa kakitangan BPT. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GIS serta teknik-teknik yang boleh digunakan dalam aplikasi ini.
BENGKEL KECERGASAN DAN KECERIAAN PEJABAT
Bengkel Kecergasan dan Keceriaan Pejabat telah diadakan pada 17 November 2015 di perkarangan JMG Malaysia, Perak. Semua kakitangan terlibat dalam bengkel ini. Objektif bengkel ini adalah untuk membentuk kecergasan diri di samping menceriakan kawasan pejabat.