Majlis Perpisahan Sempena Persaraan Kakitangan JMG Malaysia, Perak bagi tahun 2015 telah diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak pada 5 November 2015. Dua orang kakitangan yang telah bersara pada tahun 2015 telah diraikan dalam majlis ini. Mereka ialah En. Md. Masror b. Hj. Ahmad dan En. Shafii b. Ahmad Nawawi.
Perhimpunan Bulan September 2015 JMG Malaysia, Perak
Perhimpunan Bulan September 2015 telah diadakan pada 21 hb September 2015 di Dewan Granit JMG Malaysia, Perak.
Lawatan Rasmi Ke Kawasan Kajian Geoterma Sabah
AJK Kajian Geoterma Ulu Slim, Perak telah mengadakan lawatan rasmi ke kawasan kajian geoterma di Apas Kiri, Sabah pada 21-22 November 2015 yang lalu. Lawatan turut disertai TKP (O), Pengarah PPO dan Tn. Hj. Nurzaidi dari Cawangan PPO. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari teknik kajian geoterma di Apas Kiri serta berbincang mengenai teknik yang boleh diaplikasi dalam kajian geoterma Ulu Slim. JMG Sabah selaku tuan rumah telah mengalukan kedatangan rombongan lawatan serta menguruskan lawatan dengan amat baik. Kawasan yang telah dilawati ialah kawasan kajian di Sg. Melati, lombong emas Sg. Melati, kon-kon air panas di Apas Kiri, mud pool di Ladang Binuang dan columnar basalt di Sg. Balung.
Majlis Bacaan Yassin
Majlis Bacaan Yassin telah diadakan pada 18hb September 2015 di Dewan Granit JMG Malaysia, Perak. Seramai 22 orang kakitangan telah hadir ke majlis ini.
Ekspedisi Saintifik Pelbagai Bidang Geopark Lembah Kinta 2015
Ekspedisi ini telah dianjurkan oleh JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) pada 7 hingga 13 November 2015 di The Lereng Adventure Camp Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Ekspedisi ini memberi fokus kepada 5 bidang penyelidikan utama iaitu geologi, flora, fauna, kualiti air serta sosio-ekonomi. Maklumat yang diperolehi dari ekspedisi ini akan digunakan dalam penyediaan dossier Pembangunan Geopark Lembah Kinta, di samping penerbitan kertas teknikal bersama pihak ASM.