Pameran di SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu), pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah menyertai pameran sempena Karnival Sains yang dianjurkan oleh SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar. Pameran telah berlangsung di ruang legar sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Gerai pameran jabatan adalah bertema Asas Geologi dan Asas Jabatan. Seramai 4 orang urusetia terlibat mengendalikan pameran tersebut. Gerai pameran telah dikunjungi oleh pelajar SJKT Gandhi memorial, pelajar jemputan dari sekolah daerah Kuala Kangsar dan orang awam. Tetamu kehormat bagi karnival tersebut ialah Dato’ Seri V. Kannan, Pengerusi Syarikat Unique Vision Sdn. Bhd. selaku penyumbang utama karnival sains peringkat sekolah setiap tahun.

Baca selanjutnya

Lawatan Pelajar UKM ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak: Kerja lapangan STAP2012: Geosains Pelancongan

DEWAN KASITERIT,IPOH 18 APRIL 2014 - Pada 18hb April 2014 pukul 3.00 petang, rombongan pelajar UKM seramai 22 orang di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Kadderi b. Md. Desa dan 2 orang urusetia telah melawat ke JMG Malaysia, Perak. JMG Malaysia, Perak telah dipilih sebagai salah satu lokasi kerja lapangan di bawah subjek Geosains Pelancongan.  Para pelajar telah diberi taklimat berkenaan bidang-bidang teknikal utama di JMG Malaysia, Perak serta sumber mineral yang berpotensi di negeri Perak.


26

 

Taklimat mengenai JMG dan sumber mineral di Perak
oleh Tuan Rusli

27

Taklimat mengenai Lombong dan Kuari oleh En. Faizal

28

Bergambar bersama pelawat

Lawatan MBInc ke Kompleks JMG Ipoh

KOMPLEKS JMG,IPOH 17 APRIL 2014 - Pihak MB Inc telah membuat lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 17.04.2014 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang atas jemputan JMG Malaysia, Perak. Seramai 10 pelawat dari MB Inc dan 17 wakil JMG terlibat dalam lawatan ini. Lawatan oleh MBInc bertujuan:

i. Menerangkan peranan MBInc dan hasrat membangunkan aktiviti sumber mineral negeri Perak.
i. Mengenali peranan BPT, PPM, danJMG Perak dengan lebih dekat.
ii. Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara MBInc dan pejabat-pejabat BPT, PPM dan JMG Perak.
iii. Menjalin erat perhubungan diantara pegawai MBInc dan BPT, PPM & JMG Perak.


Pengarah JMG Malaysia, Perak, Wakil Pengarah PPM dan Pengarah BPT telah menyampaikan taklimat berkenaan pejabat masing-masing. Pihak MB Inc telah dibawa melawat Muzium Geologi, Perpustakaan dan Makmal Pusat Penyelidikan Mineral.

20

Taklimat mengenai JMG Perak oleh Pengarah JMG Perak

21

Penyampaian cenderahati kepada CEO MB Inc

2223

24

Lawatan ke muzium

25

Makan tengahari

Mines And Money Hong Kong 2014 Conference pada 24-28 Mac 2014 di Hong Kong Convention & Exhibition Centre

Hong Kong,China 24 MARCH 2014 - Pengarah JMG Malaysia, Perak dan Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari telah menyertai Persidangan Mines and Money Hong Kong 2014 yang telah berlansung daripada 24 hingga 28 Mac 2014 di  Hong Kong Convention & Exhibition Centre.

18

Pengarah JMG Perak melawat tapak pameran di Hong Kong Convention & Exhibition Centre 


 19

Pengarah JMG Perak menghadiri persidangan di Hong Kong Convention & Exhibition Centre

 

Majlis Persaraan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak

MERU,IPOH 03 APRIL 2014 - Majlis persaraan untuk 4 kakitangan JMG Malaysia, Perak telah diadakan pada 03.04.2014 di Hotel Casuarina, Meru. Kakitangan tersebut ialah :

a. Puan Zabedah Manaf (3.1.2014)
b. Encik. Zulkifli Ahmad (8.5.2014)
c. Encik. Zainudin Ahmad (22.5.2014)
d. Puan. Siti Salbiah Suraji (14.8.2014)

Pengarah JMG Malaysia, Perak telah menyampaikan ucapan penghargaan ke atas jasa kakitangan tersebut. Pesara dan bakal pesara juga diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata sempena persaraan mereka. Seterusnya acara penyampaian cenderahati kepada pesara dan bakal pesara telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Malaysia, Perak. Selesai majlis tersebut, semua kakitangan dijamu dengan makan tengahari.

14

Jemputan yang hadir


15

Ucapan dari bakal pesara

16

Penyampaian cenderahati kepada bakal pesara

17

Sesi bergambar pihak pengurusan dengan bakal pesara