KOTA BELUD, SABAH (13 FEBERUARI 2018) : SELASA, Jawatankuasa program perasmian telaga tiub telah mengadakan satu mesyuarat di Majlis Daerah Kota Belud sekitar jam 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ADO En. Norsafi bin Hj. Dulah dan pengerusi bersama En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku pengerusi bersama daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.
PEMERIKSAAN MAGAZIN KUARI SILAM, LAHAD DATU
LAHAD DATU, SABAH (07 FEBRUARI 2018) : RABU - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah), Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah (IPK Sabah) serta Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Lahad Datu (IPD Lahad Datu) telah menjalankan pemeriksaan teknikal magazin (stor menyimpan bahan letupan) di sebuah kuari di Silam, Lahad Datu. Pemeriksaan yang dijalankan ini melibatkan 2 orang pegawai daripada JMG Sabah iaitu Tn. Hj Nurul Huda Bin Romli dan En. Mohd Shafreen Bin Mad Isa, yang juga disertai oleh 10 pegawai/ anggota daripada PDRM iaitu masing-masing 6 orang pegawai/ anggota dari IPK Sabah dan 4 orang pegawai/ anggota daripada IPD Lahad Datu yang diketuai oleh DSP. Willynton Enchana Watt (Pegawai Turus Perlesenan, Jabatan Pengurusan, IPK Sabah).
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK RMK-11 BIL 1/2018
KOTA KINABALU, SABAH (13 FEBRUARI 2018) SELASA : Jawatankuasa Pelaksanaan Projek RMK-11 Bil. 1/2018 telah bermesyuarat pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah.
TINJAUAN KE TAPAK STOR BASE CAMP RANAU, JMG SABAH
RANAU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Ahli Jawatankuasa Penilaian Ruang Stor JMG Sabah telah membuat satu lawatan ke tapak stor di base camp Ranau susulan daripada mesyuarat jawatankuasa sebelum ini. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) selaku pengerusi jawatankuasa tersebut.
MENGGALAK PERLOMBONGAN LOGAM DI SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Satu perbincangan antara pihak yang berminat (dengan perlombongan) dari Australia dan JMG Sabah telah berlangsung selama sejam di Pejabat JMG Sabah (Bilik Mesyuarat Chormite). JMG Sabah telah memberikan penerangan tentang proses perlombongan bermula dari tahap prospecting serta peranan agensi-agensi yang terlibat. Tuan Pengarah JMG Sabah turut terlibat dalam perbincangan tersebut disamping pegawai-pegawai beliau iaitu En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains - Unit Lombong Pembangunan Lombong & Kuari) dan En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains - Unit Sumber Mineral).
Gambar di atas (pihak yang berminat dari Australia)