LAHAD DATU, SABAH (7 FEBRUARI 2018) RABU : Satu lawatan kerja telah dibuat ke Borneo Marble Factory bersama sekumpulan pegawai daripada JMG Ibu Pejabat dan JMG Sabah bersama dengan Konsultant daripada Borneo Oil & Gas Coorporation SDN. BHD.
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KINABALU ASPIRING GEOPARK BIL2/2018
KOTA KINABALU, SABAH (09 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, sekitar jam 9.30 pagi ini, satu mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibupejabat Taman-Taman Sabah.
REUNION MANTAN JMG SABAH
PUTRAJAYA (08 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, satu mesyuarat di NRE Putrajaya telah menemukan pegawai-pegawai ini, dan mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama (mantan-mantan JMG Sabah). Pegawai-pegawai ini dahulunya pernah berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. Dalam foto ini, En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Jontih Enggihon (Pengarah JMG Selangor), En. Joanes Muda (Pengarah Negeri Sembilan/Melaka), En. Mohd Sari bin Hassan (Timbalan Pengarah Johor) dan beberapa orang lagi pegawai JMG Malaysia turut sama berada dalam foto ini. Sekian.
MESYUARAT PENYEDIAAN BAJET MENGURUS BAHAGIAN OPERASI JMG BAGI TAHUN 2018 DAN 2019
W.P. LABUAN (08 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Mesyuarat Penyediaan Bajet Mengurus Bahagian Operasi JMG Bagi Tahun 2018 dan 2019 sedang berlangsung di Hotel Billion Waterfront, Wilayah Persekutuan Labuan bermula dari tarikh 06 Februari hingga 09 Februari 2018 ( Selasa hingga Jumaat).
MESYUARAT ANTARA JMG SABAH DENGAN SYARIKAT SURIA STRATEGIC ENERGY RESOURCES SDN BHD
KOTA KINABALU, SABAH (06 FEBRUARI 2018) : SELASA, satu mesyuarat dan juga perjumpaan di antara pihak Jabatan Mineral dan Geosains Sabah dan Syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. telah berlangsung sekitar jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Nephrite, JMG Sabah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan kekangan-kekangan geologi dan seismik dan seterusnya mendapatkan maklumat-maklumat untuk projek pemasangan saluran paip gas sepanjang lebih kurang 600km bermula dari Terminal Gas di Kimanis ke stesen-stesen janakuasa di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, Sabah.