KOTA KINABALU, SABAH (05 JANUANRI 2018) : ISNIN, Warga JMG Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli diatas perlantikan beliau sebagai Pengarah Galian Sabah di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR KOTA BELUD
KOTA BELUD, SABAH (01 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, sekitar jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Belud, satu mesyuarat berkaitan Penyelarasan Program Perasmian Telaga Tiub di Kampung Timbang Dayang dan Kampung Dudar, Kota Belud. Mesyuarat ini antara JMG Sabah, Pejabat Daerah Kota Belud dan pihak-pihak yang terlibat seperti anggota keselamatan.
MESYUARAT MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN KESEDARAN AWAM DI KOTA BELUD DAN KOTA MARUDU, SABAH
KOTA KINABALU, SABAH - 5 Februari 2018 (Isnin) : Mesyuarat Majlis Perasmian Telaga Tiub dan Kesedaran Awam di Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah Bil.3/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU-Nephrite), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jaineh Lingi (KA Hidrogeologi). Turut hadir dalam mesyuarat adalah En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM) dan Pn. Jenneth Cyril (Ketua SubUnit GeoKhidmat, Unit Geosains) serta urusetia yang hadir iaitu En. Morius Bantas, En. Mazrali bin Alway (Setiausaha), En. Ali Akbar Amil Hassan, Pn. Mary Chew, En. Abd. Arif Tahar, En. Jasni Jaya, Pn. Vianni Vincent, En. Malai Osman Malai Muhd., Pn. Besty J. Adim dan Pn. Normi Adok.
MESYUARAT PERSEDIAAN PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG TANGKOL DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KOTA MARUDU, SABAH
KOTA MARUDU, SABAH (29 JANUARI 2018) : ISNIN, jam 2.30 petang, satu mesyuarat bersama diantara JMG Sabah dan Pejabat Daerah Kota Marudu telah berlangsung bagi bertujuan untuk membincangkan majlis perasmian satu (1) buah telaga tiub dan sistem penapisan dan program kesedaran awam di Kampung Tangkol. Cadangan penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada bulan Mac akan datang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Matlunad Agok, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Kota Marudu.
Beberapa orang Pengerusi JKKK dari beberapa buah kampung yang terlibat turut hadir sama bagi membincangkan pelaksanaan program ini. Mereka yang hadir adalah Encik Pouloi bin Taku (Pengerusi JKKK Kg. Talamason), Encik Modumin bin Saile (Pengerusi JKKK Kg. Pompodon), Encik Jool Tobuyu (Pengerusi JKKK Kg. Marak Parak) dan Encik Daud Basinau (Pengerusi JKKK Kg. Tangkol). JMG Sabah pula diwakili oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM), Encik Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains, Akt. Hidrogeologi) serta Puan Besty J. Adim (Pen. Juruukur) dan Encik Abdul Arif bin Tahar (Pemb. Geosains Kanan). Mesyuarat tamat pada jam 4.00 petang.
Kakitangan JMG Sabah yang terlibat juga sempat membuat lawatan tapak ke Kg. Timbang Dayang, Kota Belud (tiada dalam gambar) pada 29 Januari 2018 serta ke Kg. Dudar, Kota Belud dan Kg. Tongkul, Kota Marudu (seperti dalam gambar) pada 30 Januari 2018.
Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral dan lawatan ke industri berasaskan mineral di negeri Sabah
SANDAKAN, SABAH ( 6 FEBRUARI 2018 ) : SELASA, Satu Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral telah diadakan di The W Clay Industries pada jam 9.30 pagi dan telah dihadiri oleh beberapa orang kakitangan daripada JMG Ibu Pejabat dan JMG Sabah.